BLOG INI BERJAYA DI AKTIFKAN SEMULA SELEPAS MENGALAMI MASALAH TEKNIKAL YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.SELAMAT MEMBACA.DARIPADA:ADMIN

DARI MEJA SETIAUSAHA

 LAPORAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGGOTA BAGI KELAHIRAN PADA  BULAN JANUARI, FEBUARI DAN MAC
 
Pada 31 Mac 2011 (Khamis), bertempat di Lobi Klinik Pergigian Sandakan, AJK Biro Kebajikan telah menganjurkan satu majlis menyambut Hari Ulang Tahun untuk anggota Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Majlis ini merupakan kali pertama dilaksanakan. Lebih kurang 150 orang telah menghadiri majlis yang bermula pada 1.00 petang sehingga 2.00 petang.
Objektif majlis ini yang akan diadakan pada setiap tiga bulan adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota disamping untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Kesihatan dan Pergigian Sandakan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh En Mohd Jaafar dari Klinik Pergigian Sandakan. Selepas bacaan doa disempurnakan, Dr Chong Yip Shiu, Pegawai Pergigian Y/M, Klinik Pergigian Sandakan memberi ucapan alu-aluan. Diikuti dengan ucaptama daripada Dr Syahrizal Bin Abdul Halim, Pegawai Perubatan & Kesihatan Y/M, Klinik Kesihatan Sandakan.
Majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek dan acara sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Penyampaian cenderahati turut diberikan untuk 3 orang anggota iaitu, Pn Jalipah Talib, En Selwyn Shodan En Paul Raymond yang bakal berpindah pada bulan April.
Sempena majlis tersebut, AJK Kebajikan telah menyediakan pelbagai sajian yang istimewa seperti Ikan Masak Asam Pedas, Nangka Masak Santan, Ayam Masak Kicap, Telur Rebus Masak Sos, nasi putih, air bandung dan buah-buahan.
Seterusnya majlis beramah mesra bersama anggota serta jamuan makan bagi menutup acara.
Berikut adalah senarai nama anggota yang diraikan:

Dr Soe Naing
Hong Mie Mie
Ayu Tri Hapsari
Esther Chong Lai Fong
Nurul Hidayah Harun
Linah Jidang
Fauzieanah Abd Rashid
Alexander Yap
Norrayah Hamam
Rosenany Ulus
Salmie Ais
Sandra @ Syukur Sahih
Hilda Thessin
Yeo Yee Ling
Jose Bonding
Febian Henry Yapolai
Lefrin Salati
Yalnie Oladang
Baiduri Kassun
Irma Suryani Mohammad
Patricia Lazarus
Seliah Mansur
Salasiah Bahar
Deviana Kuing
Bilmah Ibrahim
Atiqah Anwar
NurFatihah M.Zainih
Sidzam Saidon
Hamrini Abu Bakar
Radi Gensidang
Misdah Raman
Asmat Kupi
Nadinno Migan
Abdul Jais Mahmud
Hasta Salau
Zulmerey Nursalleh
Jalipah Talib
Rositah Mohammaddin
Nazariah Ismail
Surayah Harun
Gaffar Juwak
Sister Rismah Asmat
Marianah Lampug
Norimah Yahya
Janidah Husin
Ray Joseph Boguli
Marlina Omarsah
Suhaimi Sanudin
Ayu Kartini Mohd Yusup
Khatizah Dato Mohd Ali
Ab Rahim Dahari
Mohamad Jafar
Dr Chen Siew Eng
Judith Francis
Rosdiana Ngadiman
Rabiyul Qamariah Mohd Jais

PERSIAPAN AKHIR MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN ANGGOTA







DI SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN ANGGOTA


Klinik Pergigian Sandakan

Abd.Rashid Jamil,Pengacara majlis yang mantap...

Ucapan alu-aluan Dr.Chong Yip Shiu,Pegawai Pergigian Y/M

Ucaptama Dr.Syahrizal Abd.Halim,Pegawai Kesihatan & Perubatan Y/M

Di antara anggota yang menyambut ulangtahun


Ramainya kelahiran bulan jan,feb & mac (52 orang)...

Kek ulangtahun di bawa masuk...


Acara pemotongan kek

Kehadiran anggota kesihatan & pergigian turut
memeriahkan lagi majlis ini




Hidangan 'lunch' disediakan



Santai-santai di luar lobi klinik pergigian

Jurugambar,Hairul Nizam (kanan) turut mengambil gambar kenang-kenangan